SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN PANDUAN PERMOHONAN




permohonan


1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

i. Perubatan dan Pergigian

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan) ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab

ii. Pengajian Islam

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred A-) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
2. Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
3. Terjemahan Sijil SPM dan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Alamat ITBM seperti berikut:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-4149 7210 / 03-4145 1800
(samb. 1850 / 1852 / 1854 / 1861)
No. Faks : 03-4149 1535 / 03-4143 2939 / 03-4143 2946
4. Terjemahan Sijil SPM dan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:
Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8887 4000 / 03-8887 4159
No. Faks : 03-8889 1717 / 03-8889 2923
5. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi di talian; 03-8870 6611 / 03-8870 6627 / 03-8870 6622. 
No. Faks; 03-8870 6887 / 03-8870 6853. Untuk maklumat lanjut juga bolehlah menghubungi pejabat Education Malaysia (EM) Jordan di alamat berikut:
Education Malaysia Jordan
No. 24, Moh’d Baseem Al-Khammash Street
Sweifieh, P.O.Box 143310
Amman 11185
Jordan
No. Tel : 00 962 6 5927766
No. Faks : 00 962 6 5921880
Laman Web : www.msdjordan.jo
6. Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi dan mencukupi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini,
Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
7. Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun.
8. Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
i) Dua (2) salinan BORANG KPT/JORDAN/2013.
ii) Dua (2) terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab yang telah disahkan di Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri.
iii) Dua (2) salinan terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab yang telah disahkan.
iv) Dua (2) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disahkan.
v) Dua (2) terjemahan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan di Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri.
vi) Dua (2) salinan terjemahan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan.
vii) Dua (2) salinan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W yang telah disahkan.
viii) Lima (5) salinan pasport Malaysia dengan tempoh sah sekurang-kurangnya satu (1) tahun yang telah disahkan.
ix) Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
x) Dua (2) salinan laporan perubatan yang telah disahkan (Gunakan borang Medical Certification Form yang disertakan). Nota: Pemeriksaan perubatan boleh dijalankan oleh Hospital/Klinik kerajaan atau swasta.
xi) Lapan (8) keping gambar berukuran pasport dan ditulis nama pemohon & no. kad pengenalan di belakangnya. Satu (1) keping gambar perlu ditampal di setiap borang permohonan.
xii) Bank Draf sebanyak USD50.00 (USD: Lima Puluh Sahaja) atas nama ‘Director Education Malaysia Jordan’. (Peringatan: Bank draf mesti dibuat di Bank HSBC, Bank Standard Chartered dan Citibank dalam matawang USD).
xiii) Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60

0 ulasan:

Catat Ulasan