Kami IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM) JORDAN mengalu-alukan kedatangan Anak Melaka Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 atau tahun-tahun sebelumnya untuk menyambung pengajian ke Timur Tengah terutama Negara Jordan.
a. PERUBATAN
b. PERGIGIAN
c. PERBANKAN ISLAM
d. PENGAJIAN ISLAM - SYARIAH
e. BAHASA ARAB

[PERHATIAN]
Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari dan permohonan tersebut perlulah dihantar bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya sebelum atau pada 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
PROSEDUR PERMOHONAN.
1. Pastikan anda membaca panduan permohonan ini sebelum mengisi permohonan atas talian.
http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php
SENARAI SEMAK.
http://app.moe.gov.my/timurtengah/…/Senarai_Semak_Jordan.pdf
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DAN KOS PENGAJIAN.
http://app.moe.gov.my/timurtengah/borang/Jordan.pdf
PANDUAN DAN PROSEDUR LENGKAP
http://app.moe.gov.my/timurte…/borang/Panduan_Permohonan.pdf
2. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum anda menghantar (send).
3. Anda dinasihatkan berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan kerana setelah menghantar (send), tiada sebarang pindaan boleh dibuat.
4. Permohonan anda adalah muktamad.
5. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
6. Pastikan pengesahan penerimaan dan slip permohonan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.
7. Walaupun pemohon diberikan kebenaran untuk memilih institusi dan program pengajian, namun begitu KPT Mesir, Jordan dan Maghribi berhak menukar institusi dan program pengajian.
8. Pelajar dinasihatkan supaya tidak bekerja di sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya ingin bekerja, pelajar disyaratkan supaya mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak universiti dan perlu memastikan masa yang mencukupi untuk pelajaran di sepanjang tempoh pengajian.
9. Terjemahan SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia di alamat berikut;
Institut Terjemahan Buku Malaysia
Wisma ITBM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-4149 7210/ 03-4145 1800
(samb. 1850/ 1852/ 1854/ 1861)
No. Faks : 03-4149 1535/ 0341432939/ 0341432946
8. Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:
Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 Putrajaya
No tel : 03-8000 8000
No faks : 03-8889 1717

9. Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.
10. Permohonan atas talian akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
11. Sekiranya dokumen sokongan tidak dikemukakan kepada bahagian ini pada tarikh yang ditetapkan, secara automatik permohonan akan terbatal.
12. Pemohon yang membuat permohonan dalam bidang Pengajian Islam ke Mesir perlu menghantar keputusan Imtihan Qabul (IQ) kepada Bahagian Education Malaysia dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh keputusan IQ diumumkan.
13. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi, Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi di talian; 03-8000 8000 dan No. Faks: 03-8870 6853.
[PERHATIAN]
Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari dan permohonan tersebut perlulah dihantar bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya sebelum atau pada 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.


Untuk sentiasa mengetahui isu-isu semasa MELAKA, bolehlah melayari pautan dibawah.
1. http://www.mhi.com.my/
2. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.
TAKWIM TAHUNAN IMAMJ BAGI SESI 14/15












Program AidilAdha IMAMJ yang berlangsung di Qasr Lubnan Jerash selama dua hari turut disertai IMAM Mesir dan pegawai ATASE Pendidikan Melaka Mesir Ustaz Haji Muhd Anuar Bin Idris.
 
Salam Kemerdekaan buat semua warga Malaysia.
Delegasi Melaka keseluruh Jordan bersama pimpinan IMAMJ. 

Dengan kerjasama BKMNS, BKPJJ, dan IMAMJ khas untuk mahasiswa Mu'tah.